Vaksin COVID-19: Sinovac
Vaksin COVID-19 Sinovac atau CoronaVac telah diluluskan untuk kegunaan di 54 negara setakat 30 Mac 2022. Dihasilkan oleh Sinovac Biotech, syarikat farmaseutikal yang berpusat di China, vaksin ini telah diuji sebanyak 36 kali di 9 negara di seluruh dunia.
Vaksin Sinovac adalah vaksin dua-dos tidak aktif. Ia mengandungi salinan virus SARS-CoV-2 yang mati (tidak aktif). Apabila disuntik ke dalam seseorang, versi virus yang mati akan mencetuskan dan melatih sistem imun badan kita untuk mengenali dan mencipta antibodi bagi melindungi diri kita.
Bagaimanapun, oleh kerana versi virus tidak aktif digunakan di dalam vaksin, virus itu tidak boleh direplikakan. Oleh itu, kita tidak akan jatuh sakit dengannya.
Apabila seseorang telah divaksinasi, sistem imun mereka mampu mengenal pasti dan terus melawan virus SARS-CoV-2 apabila terdedah kepadanya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 14 hari selepas dos kedua diambil, vaksin Sinovac sudah menunjukkan
- 51% berkesan untuk menghalang jangkitan COVID-19 bergejala, dan
- 100% berkesan terhadap COVID-19 yang teruk dan kemasukan hospital.
Kesan sampingan biasa termasuk:
- Sakit di tempat suntikan dan tidak selesa
- Rasa penat atau lesu
- Demam
- Sakit otot
- Cirit-birit
Kesan sampingan tersebut biasanya sederhana dan akan reda dalam masa beberapa hari. Dapatkan nasihat perubatan jika kesan sampingan itu teruk atau jika ia tidak reda.
Vaksin Sinovac diberikan percuma oleh Kerajaan Malaysia bagi individu yang alah kepada vaksin COVID-19 yang lain. Bagaimanapun, ia juga boleh diperolehi di fasiliti kesihatan persendirian seperti Hospital Gleneagles.
Lokasi | Hospital | Untuk pertanyaan |
---|---|---|
Kuala Lumpur | Hospital Gleneagles Kuala Lumpur | Tel: +6088-518 908 |
Hospital Gleneagles Pulau Pinang | Tel: +604 222 9111 |
Rujukan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2 Sept 2021) "Vaksin Covid-19 Sinovac-CoronaVac: Apa yang anda perlu tahu", Tersedia di https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/the-sinovac-covid-19-vaccine-what-you-need-to-know [Accessed 30 March 2022]