Apakah itu Aneurisme Otak?
Aneurisme otak adalah gelembung kecil berisi darah, yang boleh pecah dan merosakkan sel-sel otak di sekelilingnya. Aneurisme otak biasanya menjejaskan arteri-arteri teras dalam otak, yang berjalan di bawah otak dan tapak tengkorak. Hampir sesiapa sahaja boleh diserang aneurisme otak, tetapi risiko aneurisme pecah semakin tinggi bagi orang berusia lebih 40 tahun, dengan wanita lebih cenderung diserang berbanding lelaki.
Tanda dan simptom biasa selepas pembocoran atau pemecahan termasuk:
- Penglihatan kabur dan pertuturan terganggu
- Tiba-tiba hilang kesedaran atau pitam sekejap
- Loya dan muntah
- Sakit leher
- Tiba-tiba lumpuh atau lemah pada sebelah bahagian badan
- Sawan
- Sakit kepala teruk