Bukti menunjukkan kanak-kanak dengan gangguan neurologi, trauma kepala dan jangkitan telinga kronik boleh mengalami CAPD.
CAPD menunjukkan beberapa jenis tanda dan simptom sederhana hingga teruk. Ini mungkin merangkumi:
- Pertuturan dan pembentukan bahasa tertangguh
- Kesukaran menumpukan perhatian dan memahami pertuturan cepat atau tidak jelas
- Kesukaran menjawab soalan
- Terganggu dan kurang penumpuan
- Kerap meminta maklumat diulangi
- Keupayaan mendengar yang lemah
- Prestasi lemah dalam kumpulan yang besar
- Harga diri berkurangan dan keresahan
- Susah membaca, menulis dan mengeja
- Sensitif kepada bunyi yang kuat
- Susah menentukan sumber bunyi
- Susah membezakan bunyi
- Susah mendengar dan memahami pertuturan dalam persekitaran yang bising
- Susah mengingati maklumat yang telah didengari
Meskipun tiada penyembuh bagi CAPD sekarang ini, Hospital Gleneagles menawarkan semua pesakit kami pilihan rawatan berlainan yang khusus, untuk memperbaiki penyakit ini. Juruterapi pertuturan boleh menilaikan penyakit ini dan mencadangkan rawatan yang sesuai, menurut keterukan gangguan anda.
Rawatan mungkin merangkumi:
- Sesi terapi pertuturan individu untuk menggalakkan dan melatih laluan memproses pendengaran
- Intervensi untuk mengawal persekitaran akademik dan pembelajaran kanak-kanak , yang merangkumi:
- Menetapkan tempat duduk yang jauh daripada tingkap dan gangguan lain
- Menetapkan tempat duduk berhampiran dengan cikgu di dalam bilik kelas
- Mengurangkan bunyi latar di mana boleh
- Menggunakan alat bantu dengar untuk menguatkan isyarat pertuturan terus ke dalam telinga pelajar
- Menggunakan alat bantu visual seperti diagram untuk membantu kanak-kanak tersebut mengikuti pembelajaran