Pemberian Insulin
BM
  • EN
  • CHI
  • ID

Pemberian Insulin

Prosedur Pemberian Insulin memerlukan insulin disuntik ke dalam badan individu setiap hari kerana badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin. Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas untuk melaraskan glukosa darah dalam aliran darah. Umumnya, pankreas membantu menukarkan insulin menjadi tenaga dan menyimpannya. 


Pesakit Diabetes Jenis 1 tidak mempunyai insulin kerana sel-sel pankreas mereka tidak dapat berfungsi seperti normal. Pemberian Insulin harian diperlukan. Insulin juga perlu diberi kepada pesakit Diabetes Jenis 2, jika badan mereka memerlukan insulin tambahan. 


Mengapa anda perlukan Pemberian Insulin?

Jika anda mengalami Diabetes Jenis 1, anda perlukan Pemberian Insulin harian untuk menguruskan paras glukosa darah anda. Doktor anda akan mencadangkan dos yang diperlukan menurut keperluan indidivu anda. Jumlah dos yang tepat adalah penting kerana telalu banyak insulin boleh menyebabkan gula darah menurun, yang boleh membawa kepada koma, dan dalam kes tertentu, kematian. 

Jus Sitrus atau gula biasanya diberikan untuk memperbaiki paras gula darah. Jika koma berlaku, glukosa perlu disuntik untuk memasuki aliran darah. Dos insulin yang tidak cukup, dan yang berlebihan boleh menyebabkan pesakit mendapat koma. Untuk membezakan antara dua jenis koma ini, paras glukosa darah perlu dinilaikan. Jika pesakit mengalami dos insulin berlebihan, paras glosa darah menjadi rendah. Paras glukosa darah yang tinggi pula boleh menandakan pesakit kekurangan insulin. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital
Click to know more!