Ulser peptik adalah luka yang menyakitkan yang mempengaruhi lapisan pada perut, usus kecil (duodenum) atau di esofagus. Hakisan di lapisan perut boleh menyebabkan keradangan dan tahap cecair penghadaman asid yang semakin tinggi yang menyebabkan berlakunya ulser.
Kes-kes kronik boleh berlaku apabila Ulser Peptik tidak dirawat. Komplikasi ini melibatkan perdarahan dalam perut dan perforasi (koyak) pada dinding perut. Ulser Peptik dikategorikan mengikut lokasi ia muncul:
- Ulser Duodenum berlaku di duodenum
- Ulser Gastrik berlaku di perut
- Ulser Esofagus berkembang di esofagus bawah
Punca-punca yang paling biasa bagi Ulser Peptik mungkin termasuk:
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori (H. Pylori). Juga, ditemui dalam lapisan perut. Akhirnya, lapisan pelindung semakin lemah yang membolehkan jus asid memasuki lapisan perut dan duodenum.
- Penggunaan jangka panjang Ubat Antiradang Bukan Steroid (NSAID) seperti Aspirin dan Ibuprofen
- Merokok
Ulser Peptik mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom, bergantung pada keterukan keadaan anda. Ini termasuk:
- Sakit abdomen atau kembung perut
- Tinja hitam, yang menandakan pendarahan
- Sensasi terbakar selepas makan di bahagian perut atas
- Selera makan berubah
- Pedih hulu hati
- Loya dan muntah
- Hilang berat badan tanpa sebab
Rawatan yang dicadangkan mengikut punca dan keterukan keadaan anda. Ini mungkin merangkumi:
- Elakkan pengambilan Ubat Antiradang Bukan Steroid (NSAID)
- Menahan diri daripada merokok dan minum alkohol
- Pembedahan, dalam kes-kes kronik untuk membaiki lapisan dinding perut dan menyekat pendarahan
- Mengambil antibitosis yang ditetapkan untuk memusnahkan bakteria jika anda dijangkiti H.Pylori
- Ubat kawalan asid untuk meneutralkan tahap asid di dalam perut