Dengan pengkhususan dalam cabang perubatan dalaman yang menguruskan fungsi dan penyakit berkaitan buah pinggang, ahli nefrologi mendiagnosis dan merawat penyakit buah pinggang seperti kegagalan ginjal, batu karang dan hipertensi.
Pilihan Rawatan bagi Masalah dan Penyakit Buah Pinggang
Keadaan buah pinggang terutamanya yang kronik (CKD) sering berpunca daripada gaya hidup. Perubahan gaya hidup sering disarankan sebelum perubatan perlu diambil, dan semasa peringkat lanjutan dalam dialisis. Doktor anda mungkin menyarankan beberapa terapi untuk membantu memulihkan buah pinggang anda.Dialisis
Perubatan
Perubahan Gaya Hidup
Saringan Buah Pinggang
Mereka yang berisiko tinggi disebabkan penyakit sedia ada seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang, dinasihati untuk menjalani ujian saringan secara tetap. Jika didiagnosis pada peringkat awal, mendapatkan rawatan awal boleh memberi hasil yang positif sebelum apa-apa simptom menjadi ketara dan perkembangan penyakit juga mungkin dapat diperlahankan.
Di Hospital Gleneagles, saringan dijalankan menggunakan peralatan moden, oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang berdedikasi dan terlatih, dalam persekitaran yang selesa. Setelah keputusan ujian anda disahkan, doktor pilihan anda akan membincangkannya dengan anda, dan menasihati anda tentang rawatan yang terbaik bagi pemulihan anda.
Saringan ini boleh merangkumi:
Ujian Darah untuk Kreatinina
Ujian Urin untuk Protein
Ukuran Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi meningkat mungkin menandakan disfungsi buah pinggang (tanda awal bagi kegagalan buah pinggang).
Kemudahan Rawatan Nefrologi di Hospital Gleneagles
Kami mengalu-alukan anda untuk mendapatkan penjagaan perubatan yang berkualiti di Hospital Gleneagles.Objektif kami adalah untuk menyediakan hasil yang terbaik melalui teknik diagnostik dan pemulihan yang canggih, dan disesuaikan bagi memenuhi keperluan individu bagi setiap pesakit yang berlainan.
Hospital Gleneagles dilengkapkan dengan teknologi pengimejan yang terkini, serta berbagai instrumen diagnostik yang lain.
Gaya hidup yang sihat adalah wajib untuk kebaikan kesihatan umum dan pencegahan simptom-simptom kerosakan buah pinggang. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi pasukan berbilang disiplin kami yang merangkumi pakar nefrologi dan ahli penjagaan kesihatan profesional yang berdedikasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan nefrologi kami, sila lawati Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.
Penyakit Buah Pinggang dan Simptom-simptom
Keabnormalan Bendalir dan Elektrolit
Bergantung pada jenis elektrolit yang tidak seimbang, simptom-simptom boleh merangkumi penahanan bendalir, bengkak dan sakit pada muka dan anggota badan, selain dehidrasi, kehausan, lemah, pening dan pengsan.
Glomerulonefritis
Simptom yang paling biasa adalah kehadiran protein atau darah dalam urin, dan simptom lain termasuk muka sembab dan pengeluaran urin berkurangan.
Nefropati Diabetes (DN) atau Penyakit Buah Pinggang Diabetes
Simptom yang paling biasa adalah protein dalam urin, dan simptom-simptom lain boleh merangkumi tekanan darah tinggi, semakin kerap membuang air kecil, dan buku lali bengkak.
Penyakit Buah Pinggang Polisistik (PKD)
Simptom paling biasa adalah tekanan darah tinggi, dan simptom-simptom lain termasuk jangkitan saluran kencing, batu karang, darah dalam urin, dan sakit pinggang.
Penyakit buah pinggang kronik hingga peringkat akhir
Karsinoma Sel Renal
Simptom-simptom ketara tidak kelihatan pada peringkat awal tetapi ia akan muncul apabila kanser bertambah besar, dan ini merangkumi darah dalam urin, sakit pinggang, benjolan ketara pada kawasan buah pinggang, hilang berat badan, dan lesu.
Proteinuria
Lain-lain simptom termasuk urin berbuih, serta muka dan/atau anggota sembap dan/atau bengkak, yang menandakan penahanan bendalir.
Kecederaan Buah Pinggang Akut
Simptom yang paling biasa adalah pengeluaran urin berkurangan, dan lain-lain simptom termasuk bengkak pada kaki, buku lali atau tapak kaki, lesu, sesak nafas, keliru, loya atau sakit dada.
Bagaimana Penyakit Buah Pinggang Didiagnosis
Ultrabunyi
Biopsi
Sejarah Keluarga
Uian Darah dan Urin