Urologi Pediatrik ialah subkepakaran Pembedahan Pediatrik yang memberikan tumpuan kepada merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah urin dan genital. Ahli urologi pediatrik ialah pakar bedah yang boleh mendiagnos, merawat dan mengendalikan penyakit-penyakit ini dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja.
Keadaan urologi dalam kanak-kanak biasanya berbeza daripada apa yang dialami oleh pesakit-pesakit dewasa. Ahli urologi pediatrik berkemahiran dalam mengendalikan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai dan selesa untuk kanak-kanak. Mereka menggunakan alat dan kemudahan yang direka khas untuk kanak-kanak.
Pembedahan diperlukan bagi kebanyakan keadaan urologi dalam kanak-kanak yang mempunyai kecacatan kongenital. Sesetengah pembedahan urologi dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah invasif minimum seperti laparoskopik dan pembedahan yang dibantu oleh robot.
Keadaan Urologi Pediatrik yang Lazim
- Jangkitan saluran kencing
- Simptom-simptom jangkitan saluran kencing seperti kerap membuang air kencing, sakit semasa membuang air kencing, urin berbau berkaitan dengan demam panas, urin berdarah, masalah kencing tidur dan disfungsi-disfungsi pundi kencing lain.
- Varikosele
- Masalah testis
- Masalah penurunan testis – testis tidak turun atau kehilangan testis
- Kilasan testis
- Kesakitan pada skrotum
- Keabnormalan pada saluran renal
- Sumbatan buah pinggang dan anomali duplikasi (buah pinggang dupleks)
- Refluks vesico-ureterik
- Keabnormalan ureter
- Keabnormalan urakus
- Keabnormalan pundi kencing
- Masalah zakar
- Hipospadias
- Megaprepus
- Zakar terbenam
- Fimosis dan kulup tidak boleh tarik ke belakang
- Balanitis