Unit Pengantaraan GP di Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) menghubungkan doktor-doktor (Pengamal Perubatan Umum) di serata negara dengan pakar-pakar dan konsultan-konsultan di GKL.
Kami memahami kepentingan peranan GP dalam penjagaan pesakit dan perlunya interaksi yang lebih berkesan antara mereka dan para konsultan.
Pegawai Perhubungan GP kami mengaturkan janji temu bagi pesakit yang perlukan penjagaan khusus, atau yang mempunyai pertanyaan tentang perkhidmatan hospital, konsultan dan pengkhususan mereka, di samping menguruskan penempahan janji temu.
Selain menguruskan kerjasama antara GP dan para konsultan, kami turut menganjurkan seminar-seminar pendidikan untuk Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) di mana mereka boleh memperolehi mata CPD (Pembangunan Profesional Berterusan) yang diberikan oleh
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
GKL juga mempunyai program afiliasi. Untuk butiran lanjut dan untuk menjadi ahli, anda boleh menghantar e-mel ke sughan.vijayan@parkwaypantai.com