Makmal kami diuruskan oleh Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd. (Pantai Premier Pathology), iaitu syarikat milik penuh Pantai Holdings Berhad, yang menawarkan perkhidmatan makmal yang menyeluruh.
Pantai Premier Pathology menyediakan berbagai perkhidmatan pengujian makmal diagnostik dan analitis untuk para klinisian.
Pantai Premier Pathology mengamalkan standard kawalan kualiti tertinggi dalam operasinya dan mengambil bahagian secara aktif dalam Skim Jaminan Kualiti Luar di dalam dan di luar negara. Ini dilakukan bagi menepati standard kualiti tertinggi yang diharapkan oleh pihak pengurusan dan pelanggan kami.