Gleneagles Hospital Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor, Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle. Gleneagles Hospital Medini Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor, Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle.
Gleneagles Hospital Johor menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling terkini seperti:
Imbasan CT 640-hirisan - teknologi canggih yang menetapkan tanda aras bagi imbasan pada masa depan, dengan memudahkan penghasilan imej klinikal berkualiti tinggi menggunakan dos pendedahan yang amat rendah.
Pemarkahan Kalsium Koronari CT - membolehkan pengesanan awal, pengurusan dan rawatan bagi Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan mengesan kehadiran plak kalsium dalam arteri koronari.
MRI Kardiak - teknologi pengimejan perubatan tidak invasif yang menilaikan struktur dan fungsi kardiak, yang mana adalah penting untuk mendiagnosis dan merancangkan pembedahan bagi penyakit jantung kongenital yang rumit.
PET CT (FDG & Gallium) - yang pertama di luar Lembah Klang dengan Gallium dan yang kedua di Johor dengan FDG untuk melengkapkan Pusat Kanser hospital.
CORI - Sistem pembedahan robotik yang direka untuk membantu pakar bedah dalam melakukan prosedur ortopedik invasif minimum, terutamanya untuk pembedahan lutut dan pinggul.
ESWL - Rawatan batu karang dan batu ureter melalui pembedahan hari yang tidak invasif, dengan ketepatan yang lebih tinggi menggunakan Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).
Linear Accelerator Elekta Synergy dilengkapidengan Catalyst HD - Sistem Radioterapi terkini dengan Terapi Sinaran 3 Dimensi (3DRT), Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT) dan Volumetric Arc Therapy (MAT) yang memberikan penghantaran yang lebih tepat, memendekkan masa rawatan dan menurunkan dos keseluruhan sinaran.
Da Vinci Xi - Sistem Pembedahan da Vinci® ialah sistem pembedahan robotik yang menggunakan pendekatan pembedahan invasif minimum. Ia menampilkan pelbagai lengan yang boleh melakukan gerakan dan putaran di luar kemampuan semula jadi tangan manusia.