- Hospital Gleneagles Malaysia
- Gleneagles Hospital Johor
- Pengkhususan Perubatan
Prosedur & Pengkhususan Perubatan
Gleneagles berusaha untuk membawa anda yang terbaik dalam rawatan perubatan, yang meliputi pelbagai bidang yang luas dan pelbagai. Lihat perkhidmatan pakar yang kami ada.
Filter by
ALL
A
D
G
K
N
O
P
R
U
Or
Cari Mengikut
K
Kardiologi
Kardiologi adalah pengkhususan perubatan dalam masalah jantung, termasuk mendiagnosis dan merawat kecacatan jantung kongenital serta penyakit berkaitan jantung yang lain. Pakar kardiologi adalah doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perubatan ini.
Kardiologi Intervensi
Kardiologi intervensi adalah pilihan bukan pembedahan yang menggunakan tiub fleksibel kecil yang dipanggil kateter, untuk membaiki struktur jantung yang rosak atau tersumbat. Angioplasti, intervensi koronari perkutaneus dan valvuloplasti adalah beberapa prosedur jantung yang boleh dijalankan menggunakan katerisasi.
N
Nefrologi
Dengan pengkhususan dalam cabang perubatan dalaman yang menguruskan fungsi dan penyakit berkaitan buah pinggang, ahli nefrologi mendiagnosis dan merawat penyakit buah pinggang seperti kegagalan ginjal, batu karang dan hipertensi.
Neurologi
Ahli Neurologi adalah doktor pakar yang menilaikan pesakit, memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit neurologi berkenaan sistem saraf yang merangkumi selaput, saluran darah dan tisu otot penghubung. Mereka juga membantu menguruskan penyakit bagi pesakit. Jika pembedahan diperlukan, pesakit mungkin akan dirujuk kepada Pakar Bedah Saraf. Ahli neurologi umumnya merawat penyakit dan masalah seperti epilepsi dan sawan, demensia, kecederaan kepala, migrain, sklerosis berbilang, dan banyak lagi.
Neurosurgery
Pembedahan saraf merangkumi pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan masalah dan penyakit sistem saraf. Pembedahan merangkumi surgeri pada otak, korda spina, saraf periferi dan sistem serebrovaskular ekstrakranium.
O
Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
Obstetrik dan ginekologi adalah pengkhususan perubatan surgeri yang menguruskan kesihatan pembiakan dan organ wanita, dalam wanita yang mengandung (obstetrik) dan yang tidak mengandung (ginekologi). Pakar O&G meliputi kedua-dua pengkhusuan termasuk bersalin dan kelahiran, selain kesihatan umum bagi sistem pembiakan wanita.
Onkologi
Pusat pakar onkologi perubatan di Hospital Gleneagles mengambil pendekatan holistik dalam menyediakan bantuan dan nasihat kepada pesakit tentang berbagai aspek berkaitan penjagaan kanser, termasuk pilihan rawatan, kesan sampingannya, serta perubahan gaya hidup dan penjagaan sebelum dan selepas rawatan.
Ophthalmologi
Pakar-pakar kami menguruskan segala perkara berkenaan mata yang merangkumi anatomi, fisiologi dan penyakit berkaitan mata. Ahli oftalmologi mendiagnosis dan merawat pesakit dengan masalah dan penyakit mata, dan turut menjalankan pembedahan mata.
P
Pediatrik
Pakar pediatrik menguruskan penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Pakar pediatrik adalah penjaga utama yang menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.
Pembedahan Am
Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pembiakan, pernafasan dan rangka otot.
Pembedahan Hepatobiliari
Surgeri ini adalah cara yang paling berkesan untuk merawat tumor duktus pada hati dan hempedu dan turut membantu merawat simptom-simptom
Pembedahan Kardiotoraks
Perkhidmatan ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembedahan pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Pembedahan Kolorektum
Penyakit kolon dan rektum merangkumi berbagai keadaan benigna dan maligna berlainan yang melibatkan saluran gastrousus bawah, seperti usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
Kanser kolorektum, kolitis berulser, penyakit divertikular, hemoroid, fisur dalam dubur, penyakit Crohn, dan sindrom rengsa usus (IBS) adalah beberapa penyakit kolon dan rektum biasa yang dirawat oleh kumpulan doktor kami.
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.
Pembedahan Pediatrik
Pembedahan pediatrik adalah subkepakaran perubatan yang melibatkan pembedahan janin, bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.
Pembedahan Pembentukan Plastik
Selain manfaat kosmetik, pengkhususan perubatan dalam pembedahan plastik turut digunakan untuk membetulkan dan memulihkan bentuk serta fungsi bahagian badan melalui prosedur seperti graf kulit untuk kebakaran, dan pembedahan rekonstruksi bagi tangan.
Pembedahan Penggantian Sendi & Rekonstruksi Kecederaan Sukan
Jika kaedah konservatif gagal untuk mengurangkan simptom-simptom bagi melegakan kesakitan sendi kronik, pembedahan rekonstruksi harus dipertimbangkan untuk menangani keadaan tersebut.
Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
Pakar telinga, hidung dan kerongkong (ENT) mendiagnosis dan merawat penyakit berkaitan kepala dan leher, yang merangkumi penyakit dan masalah telinga, hidung dan kerongkong di samping alergi, dan kedua-dua surgeri plastik dan surgeri rekonstruksi wajah.
Pembedahan Toraks
Pembedahan kardiotoraks merangkumi surgeri jantung dewasa dan pediatrik seperti graf pintasan arteri koronari, pembaikan dan penggantian injap jantung, pembedahan penyakit paru-paru dan mediastinum, dan banyak lagi.
Pembedahan Vaskular
Pakar dalam bidang ini menjalankan pembedahan pada sistem vaskular (arteri dan vena) melalui terapi perubatan, prosedur invasif minimum serta rekonstruksi surgeri. Prosedur khas ini sering melibatkan penggunaan angiogram, pembedahan peletakan stent, graf dialisis dan juga pemindahan organ.
Penyakit Berjangkit
Perubatan Dalaman
Perubatan dalaman menawarkan program pencegahan dan rawatan penyakit yang meluas dan terperinci. Pakar dalam bidang ini menyediakan belbagai penjagaan untuk semua orang daripada golongan muda kepada golongan berumur. Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan dan saringan yang sesuai bagi penyakit spesifik seperti hipertensi dan tumor maligna.
Psikiatri
Psikiatri adalah pengkhususan perubatan yang mengkaji dan merawat gangguan mental yang merangkumi tingkah laku, kognitif dan persepsi penuh. Antara penyakit biasa yang dirawat oleh Psikiatri termasuk skizofrenia, gangguan bipolar dan juga gangguan stres pasca trauma (PTSD).
Psikologi
Ahli psikologi mendiagnosis dan merawat gangguan emosi dan mental dalam pesakit. Ahli psikologi yang terlatih biasanya akan menganalisis, menyelidik serta menilaikan personaliti pesakit sebelum rawatan diberikan melalui berbagai kaedah psikologi seperti kaunseling, psikoterapi dan relaksasi.
R
U
Ubat Pernafasan
Perubatan pernafasan adalah cabang pengkhususan yang menangani penyakit sistem pernafasan seperti asma, hipertensi pulmonari, apnea tidur mahupun jangkitan serta tumor.
Urologi
Pakar urologi memiliki pengkhususan perubatan dalam saluran kencing lelaki dan wanita, serta sistem pembiakan lelaki, dan mereka dilatih untuk mendiagnosis, merawat dan menguruskan berbagai penyakit urologi seperti masalah buah pinggang, kelenjar adrenal, ureter, dan pundi kencing, serta masalah dalam sistem pembiakan lelaki.
Maklumat Hubungan
Gleneagles Hospital is part of IHH Healthcare, one of the world’s largest healthcare groups.
Download the MyHealth360 app to access an array of medical services conveniently.
Pantai Medical Centre Sdn Bhd (Registration No.: 198101006941 (73056-D)).
Hakcipta Terpelihara. Foto adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
KKLIU 3392 / EXP 31.12.2025
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital