HOSPITAL GLENEAGLES MEDINI JOHOR TINGKAT
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000
BM
  • EN
  • CHI
  • ID

HOSPITAL GLENEAGLES MEDINI JOHOR TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN JANTUNG

Gleneagles Hospital Johor

Sempena Hari Jantung Sedunia tahun 2021, Hospital Gleneagles Medini Johor menggesa semua pihak untuk mengambil peluang melakukan saringan kesihatan jantung.

 

 

NUSAJAYA - Sempena Hari Jantung Sedunia yang disambut pada 29 September setiap tahun, Hospital Gleneagles Medini Johor menggesa semua pihak untuk mengambil peluang melakukan saringan kesihatan jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital, Dr. Kamal Amzan berkata, "Penyakit jantung boleh dicegah, tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka perlu menjalani saringan secara berkala. Kami ingin mengambil peluang untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan jantung dan pencegahan awal untuk mengurangkan risiko kematian secara mengejut”.

Proses peningkatan umur boleh menyebabkan perubahan dalam jantung dan saluran darah yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat penyakit kardiovaskular. Berdasarkan laporan yang diterbitkan pada oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, mendapati bahawa Penyakit Jantung Ischemic merupakan sebab utama kematian di Malaysia.

Pakar kardiologi di Hospital Gleneagles Medini Johor, Dr. Ang Chin Yong berkata “Penting untuk setiap individu memahami keadaan jantung mereka dan untuk memahami jangkaan risiko penyakit jantung pada masa akan datang. Dengan berbuat demikian (melakukan pemeriksaan jantung), kita kemudiannya boleh mengambil langkah pencegahan untuk meminimumkan atau mengelakkan serangan jantung dengan tiba-tiba. Pemeriksaan boleh bermula dengan ujian ECG yang ringkas, sebelum menentukan keperluan penilaian lanjut dan secara klinikal. 

Seorang lagi pakar kardiologi, Dr. Kam Jiyen mencadangkan "Pemeriksaan jantung memainkan peranan yang penting dengan pemeriksaan kesihatan demi mencegah penyakit jantung termasuk dengan serangan jantung dan risiko kegagalan jantung. Seseorang mungkin kelihatan sihat, tetapi penyakit jantung sering berlaku tanpa tanda awal”.

Ketika mengajak masyarakat untuk melakukan saringan jantung dengan lebih kerap,  Datuk Dr. Abdul Rahman, yang merupakan pakar bedah kardiotoraks berkata, “Ramai di antara kita yang hanya sedar untuk ambil tahu tentang kesihatan jantung apabila sudah berumur ataupun telah mula mengalami simptom masalah jantung yang akan memerlukan pembedahan yang lebih kompleks seperti prosedur bypass”.

Gleneagles Hopsital Medini Johor sedang giat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan jantung sepanjang bulan September dan memperkenalkan tawaran terhad untuk pemeriksaan jantung komprehensif dengan pakar Kardiologi hospital bersempena dengan Hari Jantung Sedunia.

 TAMAT 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 07560100.


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital
Click to know more!