Perkhidmatan Fisioterapi & Pemulihan kami diuruskan oleh Pantai Integrated Rehab Services, iaitu syarikat milik penuh Pantai Holdings Berhad. Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk kemasukan dan penjagaan harian.
Pantai Integrated Rehab menyediakan perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan yang menyeluruh untuk menggalakkan kesihatan anda. Pusat-pusat kami dilengkapi dengan dan menawarkan berbagai perkhidmatan profesional termasuk fisioterapi, terapi kerja, ajaran senaman khusus, dan pemulihan bersepadu.
Kami menyediakan nasihat dan akses kepada ahli-ahli paramedik dalam berbilang disiplin untuk mengembalikan kestabilan aktiviti fizikal, bekerja, bertutur atau sosial anda, supaya anda dapat meneruskan kehidupan seharian yang normal secara berdikari